Rawatan Kimia

Rawatan Kimia


TEKNIK RAWATAN & KAWALAN

Terdapat pelbagai teknik yang bersesuaian bagi mengawal dan menghapuskan makhluk perosak yang wujud di kawasan kediaman dan bangunan. Antara kaedah dan teknik yang sesuai adalah seperti yang dinyatakan seperti di bawah ini.

JENIS RAWATAN : RAWATAN KIMIA (CHEMICAL TREATMENT) MAKHLUK PEROSAK : ANAI-ANAI (SUBTERRANEAN TERMITE)

Rawatan kimia dengan menggunakan bahan kimia (termicide) adalah bertujuan menghapuskan dan menghalang serangan makhluk perosak yang sangat merbahaya iaitu anai-anai (subterranean termite) daripada merosakkan hartabenda dan persekitaran yang kurang memuaskan.

TEKNIK RAWATAN

1. Penyemburan bahan kimia akan dijalankan secara terperinci bagi mencegah anai-anai yang aktif. Tumpuan akan diberikan pada tempat-tempatyang terdapat bahan-bahan daripada kayu, seperti bingkai-bingkai pintu, tingkap, tangga, lantai parquet, struktur bumbung dll. Bahagian dapur dan juga bilik air tidak ketinggalan kerana anai-anai suka menyerang tempat yang lembab.

2. Membuat pemeriksaan dan membasmi anai-anai secara rawatan kimia pada pokok-pokok dan busut yang berada di kawasan sekitar.

CARA SEMBURAN

Semburan akan dijalankan dengan menggunakan mesin penyembur bertekanan tinggi atau pam khas untuk mendapatkan semburan yang sempurna. Kesebatian temptat yang dikawal oleh bahan kimia amat perlu untuk keberkesanannya.

BAHAN KIMIA

Bahan kimia yang digunakan dari jenama Dymite EC. Penggunaan bahan kmia ini diperakui dan diluluskan oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak dan Jabatan Pertanian Malaysia. Bahan kimia ini tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan kepada bahan-bahan binaan termasuk lapisan kalis air (Water proofing), pokok-pokok serta tumbuh-tumbuhan.